Yang bernama sukarelawan hospital....
Dulu-dulu, masyarakat kita saling bantu-membantu. Susah senang sama dirasai, jerih perih sama dibadai. Zaman dahulu juga kurang hospital. Jika ada pun terlalu jauh untuk orang-orang kampung.
Zaman berubah. Kemajuan semakin pesat. Yang dulu namanya kampung, kini telah menjadi bandar. Yang dulu kurang, sekarang semakin banyak. Namun, kegiatan sosial masyarakat turut berubah.
Sekarang tiada yang percuma. Mahu dibantu, siapkan sahaja ongkosnya. Mahu ditolong, pasti ada habuannya. Hubungan manusia semakin menjadi renggang, nafsi-nafsi kata orang.
Dengan banyaknya hospital dan dengan banyaknya pesakit, dan dengan kurangnya kesedaran dan kehidupan beragama dalam masyarakat, maka wujudlah kegiatan sukarela membantu pihak hospital.
Daripada kegiatan sosial dulu-dulu, kini kegiatan sosial diinstitusikan. Hospital juga meraikan kerana banyak kerja-kerja yang tidak sempat dilaksanakan oleh kakitangan perubatan, dapat ditampung oleh sukarelawan.
Sudah mula nampak sedikit apa itu sukarelawan hospital?
Tugas-tugas mulia yang dilakukan oleh sukarelawan hospital ialah menampung apa yang tidak dapat dilakukan oleh kakitangan perubatan meliputi kehidupan beragama dan kehidupan sosial. Kadangkala dari segi ekonomi juga.
Fuh...Sikit punya susah mahu faham...
Maknanya, sukarelawan hospital membantu pesakit dan kakitangan perubatan dari segi ibadah, agama, merawat emosi, kaunseling, membantu ekonomi, mengurangkan tekanan mental, membantu fizikal pesakit dan tugas-tugas lain yang sesuai.
Yang mana, tugas ini tidak sempat dilakukan oleh kakitangan perubatan kerana kekangan masa, kekurangan tenaga, kesempitan ruang dan kurang pengetahuan.
Kita akan perincikan tugas-tugas sukarelawan ini kemudian. Stay tuned...
Hospital Volunteers
Blog Informasi Sukarelawan Hospital Anda
Friday, December 11, 2015
7 Langkah Mencuci Tangan Sebagai Sukarelawan Hospital
7 LANGKAH MENCUCI TANGAN SEBAGAI SUKARELAWAN HOSPITAL
Klik untuk memperbesarkan imej. Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Saya hanyalah seorang sukarelawan hospital, mengapa saya perlu mencuci tangan saya?
Sebagai sukarelawan hospital, kita akan selalu berada dalam persekitaran hospital, menyentuh peralatan dan perkakas di dalam hospital, menyentuh pesakit dan kadangkala akan qadha' hajat dan makan.
Kesan akibat tangan yang kotor bukan sahaja akan membawa penyakit kepada diri kita sendiri, malah boleh membawa maut kepada pesakit yang kita lawati. Elok-elok kita nak bantu pulihkan pesakit, dengan sebab tangan kita kotor, pesakit itu mati pula. Aduhhh...
Wajibkah menggunakan 7 langkah ini? Kalau 1 langkah sahaja, tak boleh ke?
Setiap langkah yang disyorkan adalah disebabkan kawasan tangan kita berpotensi menyimpan pelbagai kotoran, kuman dan bakteria. Kotoran mudah bersembunyi di celah kulit, celah jari, di hujung kuku, di belakang tapak tangan, di tapak tangan dan di celah liang roma. Sukarelawan hospital mestilah seorang yang pembersih, barulah dapat 'membersihkan' pesakit. Tak gitu?
Ikuti 7 langkah mencuci tangan dalam video di bawah.
P/s : Kalau anda nak ikut 6 langkah sahaja, boleh, tonton video lagi satu di bawah.
"Ratakan hands rub nya, gosok punggung tangannya, kaitkan keduanya, jabarkan keduanya...Putar-putar jempol, putar-putar jempol,
putar-putar hujung jari, it's time to hand hygiene..."
Video : Panduan Solat Untuk Pesakit (Bahagian 1) Pengenalan
Video Panduan Solat Untuk Pesakit (Bahagian 1) Pengenalan
Video Panduan Solat Untuk Pesakit ini diterbitkan selari dengan pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah suntuk membantu pesakit melaksanakan solat ketika dalam keadaan sakit.
Hos program : Imam Muda Asyraf
Kandungan video ini meliputi 7 tajuk utama iaitu:
1. Pengenalan
2. Panduan berwuduk
3. Panduan bertayammum
4. Panduan solat berdiri
5. Panduan solat duduk
6. Panduan solat berbaring
7. Soalan lazim
Video ini diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perlunya Sukarelawan di Hospital
Perlunya Sukarelawan Di Hospital
Pemupukan budaya saling bantu membantu dan saling nasihat menasihati adalah satu tuntutan dalam Islam. Inilah kebajikan sosial yang sewajarnya dijadikan budaya dalam masyarakat pada masa kini. Sehubungan itu, sukarelawan dari kalangan masyarakat bagi membantu para pesakit di hospital amat diperlukan.
JAKIM dengan kerjasama cawangannya di Sabah telah mengadakan Ziarah Ukhwah dalam Program Dakwah Bil Hal di Hospital Elizabeth, Kota Kinabalu pada 29 Mei 2008 yang lalu. Program yang disertai oleh unit sukarelawan hospital itu menampakkan betapa pentingnya tugas kebajikan di hospital kerana mereka sentiasa membantu pesakit terutama yang memerlukan nasihat dari sudut kerohanian.
Pengarah Dakwah JAKIM menyampaikan ucapan
Majlis perasmian bagi program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM iaitu Y.Bhg Tuan Hj Abd Halid bin Sintol. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa JAKIM amat mengambil berat terhadap pesakit hospital. Oleh yang demikian, di dalam Bahagian Dakwah telah wujud Cawangan Ukhwah yang berperanan menjalankan Program Dakwah Bil Hal kepada para pesakit hospital.
Pihak hospital telah diwakili oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Dr. Hj. Awang Setia bin Hj. Musleh di dalam majlis perasmian itu. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Pengarah Cawangan JAKIM Sabah, Y.Bhg Ustaz Abd Aziz bin Che Yaakob, serta para pegawai JAKIM.
Dalam sesi lawatan ke wad-wad pesakit JAKIM telah memberi sumbangan hamper kepada 100 orang pesakit. Lawatan ke wad ini bertujuan beramah mesra kepada para pesakit di hospital. Semoga dengan adanya ziarah ukhwah ini , para pesakit akan merasa gembira dan mudah-mudahan mereka segera sembuh dari penyakit yang menimpa mereka.
Ramah Mesra Bersama Pesakit
Perbincangan Pengarah Dakwah JAKIM dengan Timbalan Pengarah Hospital
Sumber : Laman Web JAKIM http://www.islam.gov.my/en/perlunya-sukarelawan-di-hospital
Disalin pada 11 Disember 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)