Friday, December 11, 2015

Perlunya Sukarelawan di Hospital

Perlunya Sukarelawan Di Hospital

Pemupukan budaya saling bantu membantu dan saling nasihat menasihati adalah satu tuntutan dalam Islam. Inilah kebajikan sosial yang sewajarnya dijadikan budaya dalam masyarakat pada masa kini. Sehubungan itu, sukarelawan dari kalangan masyarakat bagi membantu para pesakit di hospital amat diperlukan.

JAKIM dengan kerjasama cawangannya di Sabah telah mengadakan Ziarah Ukhwah dalam Program Dakwah Bil Hal di Hospital Elizabeth, Kota Kinabalu pada 29 Mei 2008 yang lalu. Program yang disertai oleh unit sukarelawan hospital itu menampakkan betapa pentingnya tugas kebajikan di hospital kerana mereka sentiasa membantu pesakit terutama yang memerlukan nasihat dari sudut kerohanian.
Pengarah Dakwah JAKIM menyampaikan ucapan
Majlis perasmian bagi program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Dakwah, JAKIM iaitu Y.Bhg Tuan Hj Abd Halid bin Sintol. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa JAKIM amat mengambil berat terhadap pesakit hospital. Oleh yang demikian, di dalam Bahagian Dakwah telah wujud Cawangan Ukhwah yang berperanan menjalankan Program Dakwah Bil Hal kepada para pesakit hospital.
Pihak hospital telah diwakili oleh Timbalan Pengarahnya iaitu Dr. Hj. Awang Setia bin Hj. Musleh di dalam majlis perasmian itu. Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu Pengarah Cawangan JAKIM Sabah, Y.Bhg Ustaz Abd Aziz bin Che Yaakob, serta para pegawai JAKIM.
Dalam sesi lawatan ke wad-wad pesakit JAKIM telah memberi sumbangan hamper kepada 100 orang pesakit. Lawatan ke wad ini bertujuan beramah mesra kepada para pesakit di hospital. Semoga dengan adanya ziarah ukhwah ini , para pesakit akan merasa gembira dan mudah-mudahan mereka segera sembuh dari penyakit yang menimpa mereka.
Ramah Mesra Bersama Pesakit
Perbincangan Pengarah Dakwah JAKIM dengan Timbalan Pengarah Hospital

Sumber : Laman Web JAKIM http://www.islam.gov.my/en/perlunya-sukarelawan-di-hospital 
Disalin pada 11 Disember 2015.

No comments:

Post a Comment